Isteri minta duit sebelum suami balik rumah bini tua, tak sangka dapat RM20K


Soal poligami bukan sesuatu yang boleh diterima dengan baik oleh semua orang. Kadang-kadang boleh buat ramai perempuan ‘panas telinga’ apabila mendengarnya. Jika sudah ditakdirkan begitu, suami isteri perlu bertolak ansur supaya dapat hidup dalam keadaan harmoni bersama.


Sempat kongsi kisah poligami sebagai isteri kedua di TikTok

Dalam kehidupan berpoligami, kebiasaannya si suami akan bergilir bermalam di rumah bini masing-masing dan berlaku adil. Kisah sama juga sempat dikongsi oleh seorang wanita bernama Farah Zurkanaini ini dalam satu video di TikTok sebagai isteri kedua.



Sebelum suami nak balik rumah bini pertama, dia hulurkan sedikit duit belanja

Difahamkan, suaminya waktu itu ingin pulang ke rumah isteri pertama seperti biasa. Namun, tak sangka tiba-tiba lelaki berkenaan menghulurkan sejumlah wang yang cukup banyak dipercayai bernilai RM20 ribu sebagai duit belanja. Dalam pada itu, wanita tersebut sempat berseloroh ingin meminta sebuah istana pula.



Kalau macam ni rela dimadukan…Bukan pandang duit tapi sebab berlaku adil, boleh nikah 4 kalau mampu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi Farah. Selain itu, ramai juga sempat bertanyakan apakah rahsia wanita tersebut bertahan dalam kehidupan berpoligami. Secara keseluruhannya, rakaman tersebut telah meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan.









Kredit: TikTok Farah Zurkanaini

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close