Selamba Persoal Harga Diri Kawan Di TV, Model Terkedu Juri Lebih Puji Yang Lain



ehingga ke hari ini, rancangan realiti pencarian ‘Indonesia’s Next Top Model: Cycle 2’ masih lagi bersiaran. Saban minggu, setiap peserta diberikan pelbagai jenis tugasan serta cabaran tersendiri sebelum berjaya dinobatkan sebagai pemenang. Sudah pasti saingan di antara mereka juga sangat-sangat sengit apalagi terus ditekan oleh juri yang tegas.

Kamu tu perlu ada adab, kena tahu hargai orang…Berapa harganya?

Terbaru menerusi sedutan rakaman rancangan berkenaan di TikTok, salah seorang peserta yang bernama Jokie disoal oleh juri iaitu Luna Maya tentang masalahnya. Gadis itu difahamkan bersedih kerana telah mendakwa direndahkan-rendahkan oleh seorang lagi model lain iaitu Sitta.



Tadi masa runway, kamu tu lebih bagus daripada Sitta…Jauh sangat, kamu kena tahu tu

Sedangkan ketika itu, Jokie hanya menegur perbuatan Sitta yang tidak menghormati perasaan orang lain. Mendengar kejadian berkenaan, Luna serta rakan-rakan juri yang lain terus terkejut. Dalam pada itu, pengacara program berkenaan sempat meyakinkan prestasi gadis tersebut adalah lebih baik daripada ‘si polan’ yang mencelanya.




Cantik tak perlu dari luar je, dari dalam pun nak kena cantik…Dalam hati tu mesti teruk kena mental

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen puas hati melihat reaksi Sitta apabila rakannya membongkar perangainya di depan semua orang. Dalam pada itu, mereka juga memuji tindakan juri yang sepertinya adil membuat pertimbangan dalam isu berbangkit sedemikian rupa.









Kredit : TikTok Snorlax & Instagram intm_nexttv

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close