Alhamdulillah, Sekalung tahniah buat Muhammad, kembar siam yang dipisahkan melalui pemb3dahan telah bergelar graduan Sains Komputer


Sekalung tahniah buat Muhammad yang telah bergelar graduan dalam satu istiadat konvokesyen Management & Science University (MSU) pada bulan Disember lalau. Ketid4kup4yaan tidak membataskan dirinya untuk bergelar seorang Siswazah sepertimana yang dilaporkan melalui laman berita Utusan,



MUHAMMAD Rosli menunjukkan ijazah yang diterima.

SHAH ALAM: Berkeringat dengan serba kekur4ngan seperti berkerusi roda dan berkaki p4lsu ketika di bangku sekolah, kemudian menyambung pelajaran pula di menara gading.



Namun, kering4t itu menjadi satu usaha yang berbaloi apabila salah seorang pasangan kembar siam yang pernah mencvri perhatian rakyat Malaysia, Muhammad Rosli, 23 berjaya menggenggam segulung ijazah.

Muhammad, akhirnya bergelar seorang siswazah dalam satu istiadat konvokesyen Management & Science University (MSU) Selasa lalu bersama rakan-rakannya.

Menurut graduan dalam sains komputer itu, perasaannya bercampur baur ketika menerima sijil pada hari konvokesyen apabila terkenangkan kenangannya sepanjang pengajian dan juga ketika berada di bangku sekolah.

Terdahulu pasangan kembar Ahmad dan Muhammad pernah mencuri perhatian rakyat Malaysia pada 2001, kerana kedua-duanya dahulu dilahirkan berc4ntum di bahagian dada sehingga pangkal paha.



Mereka menjadi perhatian Kerajaan Arab Saudi sehingga Raja Abdullah mangkat pada 23 Januari 2015. Namun kali terakhir berhubung dengan baginda adalah pada 2007 apabila diundang ke sana untuk dihadiahkan kaki palsu bagi memudahkan pergi ke sekolah.



Sejak itu, pasangan kembar berusia 23 tahun itu sering menjadi perhatian apabila memasuki zaman persekolahan pada 2005 sehinggalah melanjutkan pengajian ke Management & Science University (MSU) pada 2016.

Semoga kedua-dua pasangan kembar ini berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat serta dapat berbakti kepada kedua ibubapa, Insyallah.

Sumber: Utusan

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close