Suami tikam isteri sampai mati guna pengetip kuku rupanya sebab ni..
Polis menahan seorang lelaki pada Jumaat lalu kerana membunuh isterinya berusia 59 tahun. Mayat mangsa yang dikenali sebagai Fatmawati, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dengan kesan tikaman di dagu yang ditikam oleh suspek menggunakan alat pengetip kuku.
Ketua Polis Banjarmasin Tengah, Susilo berkata, kejadian itu berpunca dari suspek yang gagal mengawal emosi dan dipengaruhi alkohol pada waktu kejadian.
"Mangsa dan suspek tidur selepas mabuk. Tetapi tidak beberapa lama kemudian suspek terbangun dan cuba mengejutkan isterinya. Malangnya mangsa enggan bangun menyebabkan lelaki itu berang.
"Suspek terus memukul mangsa sebanyak enam kali di bahagian dada. Tidak puas dengan itu, suspek mengambil alat pengetip kuku lalu menikam dagu mangsa. Selepas menikam mangsa, suspek membuat alat pengetip kuku itu di lokasi kejadian," katanya.
Suspek kini telah ditahan dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 22 tahun penjara.
Terdahulu, mayat Fatmawati yang merupakan gelandangan ditemui tidak bernyawa di bekas tapak pawagam pada Khamis, 3 Februari 2022. Ketika ditemui, badan mangsa penuh dengan luka lebam di seluruh badan dan kesan-kesan tikaman di dagu. Malam sebelum kejadian, pasangan itu dikatakan minum minuman keras semalaman sehingga mabuk.
Sumber: Jejak Rekam