Neelofa Gemuruh, Doa Bersalin Secara Normal
Seronoknya Neelofa dan PU Riz akan menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi. Namun di sebalik kebahagiaan itu, pengacara Noor Neelofa mengakui dia gementar menantikan hari kelahiran yang kini dijangka akan tiba pada bila-bila masa.
Menurut Neelofa, dia dan suaminya iaitu Muhammad Haris Mohd Ismail sudah siap membuat persediaan bagi menyambut kehadiran anak pertama mereka itu.
“InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan melahirkan anak sulung ini… kata orang tengah tunggu hari. Bila-bila sahaja akan masuk labour room."
“Saya akui nervous menanti proses ini. InsyaAllah saya mahu kelahiran normal jika semuanya baik-baik sahaja."
“Daripada segi persiapan kena belajar banyak perkara. Saya baca buku-buku dan bertanya pada orang. Barangan baby pun semua dah siap,” katanya kepada mStar.
Bekas pengacara MeleTOP ini di temu bual bersama suaminya semasa pelancaran perisa baharu susu Nilofa yang diadakan di Bayswater KLCC, Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Di kesempatan itu, Neelofa juga turut memohon agar orang ramai mendoakan agar proses kelahirannya berjalan lancar.
“Saya akan melahirkan baby di Kuala Lumpur sahaja… terima kasih kepada yang mendoakan kelahiran saya. Saya minta dari semua untuk doakan semoga segalanya dipermudahkan.
“Rupa-rupanya bukan senang nak jadi seorang ibu merasai pengalaman mengandung dan melahirkan… itu satu perjalanan yang cukup berbeza.
“Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan diberikan pada saya selama ini. Tidak kira dalam kerjaya atau perniagaan tanpa jemu. Terima kasih mendoakan saya dan suami,” ujarnya.
Sejak Julai tahun lalu, viral berita tentang ‘baby bump’ Neelofa di sosial media.
Namun, Neelofa memilih untuk mendiamkan diri dan membiarkan peminat terus berteka-teki mengenai kehamilannya itu.