” Saya maafkan Mawar, dia tetap emak kepada anak saya ” – Fizo Omar

 



Nama aktor Fizo Omar dan bekas isteri, usahawan Mawar Karim menjadi topik hangat di platform media sosial sejak minggu lalu.

Permulaan kontroversi ini selepas Mawar membuat luahan tentang Wan Maryam dengan memuat naik gambar anaknya keseorangan ketika bercuti di sebuah taman tema di Johor Bahru di Instagram Stories.

Mawar teruk kena kec4m



Ketika dihubungi OhBulan!, Fizo, 36, akui berasa simpati dengan nasib Mawar yang teruk dikecam netizen gara-gara sekeping foto yang diterimanya.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata dia sudah memaafkan tindakan Mawar serta menghormati pandangan bekas isterinya itu.

Saya kesal apabila keluar dakwaan ini dari pihak satu lagi. Ini menyebabkan Mawar tervk dikec4m netizen. Saya sebenarnya tidak dikec4m kerana saya tidak ambil peduli dan sangat sibuk dengan perniagaan.

Ramai netizen yang ‘bantai’ Mawar. Jadi, apabila orang kongsi dengan saya Mawar dikec4m, saya simpati dengannya. Apa pandangan dia, saya hormati.

Saya maafkan Mawar.. kerana mungkin dia terlalu berem0si atau mungkin ada salah faham.

Bersangka baik dengan semua perkara



Dalam pada itu, pelakon drama Adellea Sofea memohon agar warganet berhenti mengec4m dan menghukum usahawan terkenal itu.

Saya harap netizen jangan buat andaian dan persepsi. Janganlah menghukum dan mengec4m dia. Kita bersangka baik dengan semua perkara. Macam mana pun, dia tetap emak kepada anak saya.

Terdahulu, Fizo berkahwin dengan Mawar pada November 2013 namun berc3rai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Selepas dua tahun menduda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bek4s pramugari, Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Sumber: Oh Bulan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close