Pengasuh 'kerjakan' bayi berusia 1 tahun dan tuduh angkara budak lain
Mangsa, Jesse Harris IV, cedera di kedua belah mata, pipi dan mulutnya
juga bengkak teruk sehingga terpaksa ditahan di hospital untuk diberikan
rawatan.
Dalam kejadian Isnin lalu, ibu mangsa, Tiffany Griffin, berkata, dia
sendiri terkejut melihat keadaan wajah anaknya yang cedera
teruk,
Menurut Griffin, dia menghantar Jesse dan abangnya ke pusat penjagaan itu
pada waktu pagi. Namun beberapa jam kemudian, dia dihubungi oleh pihak
pusat berkenaan yang memintanya datang untuk melihat keadaan
Jesse.
Beberapa minit kemudian, Griffin tiba di pusat tersebut dan terdengar
suara tangisan kanak-kanak. Salah seorang pengasuh berumur 22 tahun tampil
memaklumkan Jesse cedera kerana dipukul oleh seorang kanak-kanak perempuan
berusia dua tahun.
Tidak puas hati dengan penjelasan dari pengasuh terbabit, Griffin terus
menghadiahkan penumbuk kepada pengasuh itu. Namun menurut pemilik pusat
jagaan, Haben Ghrebremichael berkata, terdapat kesan darah pada tangan
kanak-kanak perempuan yang dituduh oleh pengasuh terbabit selepas mangsa
didapati cedera.
"Beginilah keadaan anak saya. Ada kesan darah pada kanak-kanak perempuan
itu (yang dituduh) dan kejadian ini berlaku di pusat jagaan
kanak-kanak.
"Saya cuba bertenang, tetapi saya tidak dapat menahan rasa sedih melihat
keadaan anak saya yang berdarah ini," katanya yang menegaskan dia tidak
percaya dengan dakwaan pengasuh itu kononnya Jesse dicederakan oleh
kanak-kanak lain.
Related:
"Tak mungkin, budak itu baru berusia dua tahun dan saiz badannya kecil,
tambahan dia tidak kelihatan seperti ganas. Malah ibunya sendiri kata
anaknya bukan jenis memukul anak orang.
"Apabila dia melihat gambar keadaan anak saya, dia mula menangis. Dia
berkata anak perempuan tidak akan melakukan perbuatan seperti
itu.
Kejadian itu membuatkan Griffin fobia dan tidak yakin mahu menghantar
anaknya ke pusat asuhan lain kerana bimbang dengan keselamatan
Jesse.
Ekoran kejadian itu, polis telah menahan suspek berusia 22 tahun yang
disyaki memukul mangsa. Pihak pusat penjagaan juga telah memecat suspek
serta-merta.