(Video) "Banyak2 tempat, kat situ juga kau nak masuk..", Budak tersangkut celah dinding

 


CHINA - Seorang budak lelaki berusia 6 tahun, tersangkut di celah dinding di bandar Shaoyang, wilayah Hunan, Sabtu minggu lalu. 

Difahamkan, mangsa tersangkut di celah dinding itu selepas gagal mengeluarkan diri kerana saiz kepalanya yang terlalu 'besar'. 

Akibat kenakalannya itu, mangsa tersangkut selama sejam sebelum pihak bomba datang menyelamatkannya. 
Mangsa juga kelihatan trauma selain daripada tidak dapat bergerak. Pihak bomba mengambil masa yang lama untuk memikirkan cara yang terbaik mengeluarkan mangsa tanpa sebarang kecederaan. 

Pihak bomba membuat keputusan untuk memecahkan dinding berhampiran dan mangsa berjaya diselamatkan, terus dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close