[Video] "Kesian Staff Wanita Tu Kena Sepak Terajang..", Lelaki Buat Kacau Di Premis Serbaneka Dan Memukul Staff Wanita Bagai Tiada Hari Esok
Baru-baru ini tular dimedia sosial satu rakaman CCTV yang
menunjukkan seorang lelaki membuat kacau dipercayai berlaku di Premis Serbaneka di Jalan Sultan Mahmud berhampiran Petronas Batu Buruk Kuala
Terengganu.
Berdasarkan CCTV tersebut, dilihat lelaki itu menendang stok
jualan secara rambang. Dilihat juga seorang pekerja wanita cuba menegur
kelakuan lelaki tersebut tetapi malangnya dia telah dipukul dan disepak
bagaikan tiada hari esok.
Walaupun dilihat terdapat pekerja lelaki di premis tersebut,
mereka hanya kaku melihat pekerja wanita itu disepak dan diterajang.
Lelaki itu juga tidak memakai facemask ketika masuk ke
premis tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bengang dengan
tindakan lelaki terbabit dan berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya.
Sumber : Info Roadblok JPJ/POLIS
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.