Kasut Nabil Ahmad Cvri Perhatian Warganet, Netizen Rajin ‘Siasat’ Harga Anggaran Mencecah..
Penampilan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad pada malam Gegar Vaganza minggu kelapan mencvri perhatian pengguna media sosial.
Air Jordan harga RM11,919?
Biarpun setiap minggu mengacara bersama Jihan Muse, kali ini kasut Nabil menjadi spotlight warganet. Kasut jenama Air Jordan 1 Retro Chicago 2015 itu digayakan bersama sut berwarna oren, semalam.
Tertarik dengan gaya tersebut, netizen lantas mencari harga kasut itu di pasaran. Berdasarkan ciapan di Twitter @HarmanHarison, dia menyatakan kasut itu dianggarkan berharga RM11,919.
Memang suka kumpul kasut

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata wargamaya akui turut sama memerhati kasut yang digayakan pemilik Ahmad Nabil Ahmad.
Malah, ada yang menyifatakan bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memang gemar mengumpul koleksi kasut.
Sebelum ini, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah menjadi bualan warganet selepas netizen gigih menggali harga jam tangan mewah dan tudung yang dipakai beliau.