Tak Sakit, Kalau Boleh Gal Gadot Nak Bersalin Seminggu Sekali


Pelakon Hollywood, Gal Gadot mendedahkan keinginannya untuk menimang cahaya mata setiap minggu kerana teruja dengan keajaiban ketika bersalin.

Bintang Red Wanted itu berkata demikian ketika membincangkan kegembiraan bergelar ibu dan jelas bercakap tentang kelahiran.


“Saya suka ada anak, kalau boleh saya akan bersalin seminggu sekali.

"Ia menakjubkan. Saat anda merasakan anda mencipta kehidupan seperti itu adalah luar biasa. Saya sentiasa menerima anestesia epidural, jadi ia tidak begitu menyakitkan," kata Gadot dalam satu temu bual bersama InStyle.

Pada masa yang sama, pelakon Wonder Woman itu menambah bahawa peringkat kehamilan membuatkan dia berasa paling memualkan.

“Saya sakit dan migrain."

"Saya tidak dalam eleman saya," katanya.

Gal Gadot dan suaminya Jaron Varsano melahirkan tiga anak: Alma, 10, Maya, 4, dan Dany, lahir pada 29 Jun.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close