'Saya liwat anak sendiri, nak 'makan luar' saya tak ada duit' - Bapa ditahan polis, liwat anak lelaki sendiri sejak usia 17 hingga 21 tahun

 


Seorang lelaki berusia 21 tahun mendakwa dia dijadikan sebagai tempat melampias nafsu bapanya sejak empat tahun lalu, bertindak membongkarkan perbuatan keji suspek kepada keluarga. 


Mangsa yang hanya dikenali sebagai 'AA', berulang kali diliwat oleh bapa kandungnya sendiri, Waryadi sebanyak tujuh kali sejak dari mangsa berusia 17 tahun hingga 21 tahun. 


Kes itu terbongkar selepas Waryadi dan mangsa bertengkar pada jam 3 pagi Rabu, 26 Januari lalu yang menyebabkan kakak dan ibunya terbangun dari tidur. 

Kakak mangsa kemudian bertanya apa punca pergaduhan tersebut, maka AA tampil mendedahkan dia menjadi tempat melampias nafsu bapa mereka sejak tahun 2018. Pendedahan itu membuatkan mereka terkejut dan terus membuat laporan polis terhadap suspek pada 17 Februari. 


Bertindak di atas laporan itu, suspek telah ditahan. Polis turut merampas beberapa barang bukti termasuk seluar dalam berwarna biru tua. 


Ketika disoal siasat, suspek mengaku dia meliwat mangsa kerana isterinya selalu menolak untuk bersama. Malah selama ini katanya, dia tidak pernah puas bersama isterinya yang menyebabkan dia menjadikan anak lelakinya sebagai tempat melampias nafsunya. 


Siasatan lanjut juga mendapati, suspek telah mengugut mahu memukul mangsa dengan benda tajam agar bersetuju dan tidak melawan ketika digauli. Disebabkan takut, mangsa terpaksa akur. Suspek mengakui nafsunya tinggi, tetapi isterinya selalu menolak untuk bersama. Suspek juga kerap meminta isterinya melakukan hubungan badan dari belakang.


"Kalau ditanya menyesal atau tidak, ya saya menyesal. Sebelum melakukannya, saya mengugut menggunakan benda tajam untuk memukulnya jika dia tidak mahu menurut kemahuan saya. Saya juga mengancamnya untuk tidak menceritakan kepada sesiapa mengenai kejadian itu. 


"Kenapa (liwat) anak sendiri? Ya, kerana saya nak 'makan luar' tetapi saya tak ada duit," kata suspek. 


Waryadi kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan tambahan kerana suspek merupakan ayah kandung mangsa. 


Sumber: Tribun News

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close