[Video] "Tolong! Jangan Pukul..", Suspek Pecah Rumah Dibelasah Penduduk Kampung, Merayu Meminta Belas Kasihan
Seorang lelaki dibelasah tanpa belas kasihan oleh beberapa
individu bagaikan tiada hari esok, di tepi jalan kerana dipercayai melakukan
kegiatan pecah rumah di kawasan tersebut yang mengundang kemarahan penduduknya.
Video kejadian yang dirakam oleh orang awam berdurasi 6
minit 34 saat itu juga viral di media sosial. Menurut sumber, kejadian itu
dikatakan berlaku di Tumpat, Kelantan.
Video menunjukkan dua lelaki memukul suspek terbabit
menggunakan kayu berkali-kali tanpa belas kasihan dan mendesaknya menyerahkan
sebilah pisau yang dibawanya. Suspek kemudian akur dan mengambil pisau yang
telah dibuangnya sebelum itu dan diserahkan kepada penduduk.
Bagaimanapun di media sosial, netizen tidak bersetuju dengan
cara sekumpulan penduduk itu menangani masalah itu menggunakan kekerasan kerana
bimbang suspek mengalami kecederaan yang boleh menyebabkan maut.
"Alahai orang kampung ni pun over. Masing-masing nak
tunjuk hero. Jangan pukul dia dulu, kita tahu dia bersalah pecah masuk rumah
dan mencuri. Tangkap dan ikat sahaja, kemudian serahkan ke balai.
"Bulan puasa ni jangan nak tunjuk pandai. Nanti mati
pesalah tu, orang kampung ramai-ramai ditangkap dan berayalah korang dalam
lokap.
"Cuba kalau ahli keluarga korang yang kena pukul camni,
apa perasaan korang," kata Bellamy, bukan nama sebenar.
"Semoga Allah membalas balik 100 kali ganda kepada yang
memukul. Kau ingat dia anak patung ke? Dah dapat tangkap, ikat dan call polis.
Kalau nak pukul, guna tangan sudah," kata Fernando, juga bukan nama sebenar.
"Dua kali saya ulang viddeo ni. Saya ingat dia cari
pisang. Dia sebut 'pisang.. pisang', rupanya pisau!" patutlah, di Kelantan
jadinya 'pisa'," kata Monkey D. Luffy, bukan nama sebenar di duniawi.
Pihak polis pernah mengeluarkan kenyataan bahawa orang awam
tidak boleh mengambil tindakan berlebihan terhadap penjenayah. Sebalik hanya
boleh menangkap dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan
selanjutnya.
Ini kerana, perbuatan membelasah suspek kes jenayah boleh
menyebabkan kematian yang tidak disengajakan dan akhirnya orang awam yang
terbabit dalam kes itu boleh didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.