"Logik Ke Saya Buat Begitu?" - Fizo Omar Abaikan Anak Ketika Bercuti Atau Mawar Buat Cerita?

Fizo Omar mempertikaikan dakwaan bekas isterinya, Mawar Karim yang menuduh pelakon itu mengabaikan anak mereka Wan Maryam ketika bercuti di Johor, Ahad lalu.





Kredit foto: IG


"Semua tahu bagaimana rapatnya hubungan saya dengan anak.


"Bukan setiap hari dapat jumpa anak, jadi jika dapat bersama saya akan hargai setiap masa yang ada.


"Dia seorang sahaja anak saya, saya bercuti pun untuk dia," jelas Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, kepada mStar.


Sebelum ini, Mawar menerusi Instastory berkongsi luahan sedih anaknya yang keseorangan ketika bercuti dengan keluarga Fizo di sebuah taman tema di Johor.





Kredit foto: IG




"Maryam rapat dengan isteri saya, sekali lagi saya katakan tak logik jika dia diabaikan.


"Rasanya tidak perlulah saya membalas sebarang kenyataan tidak benar hanya kerana sekeping gambar. Orang tidak tahu hal sebenar secara tiba-tiba nak serang saya.


"Sebagai bapa saya menjalankan tugas dengan baik. Saya juga yakin jika saya tidak bertanggungjawab, Maryam tidak akan rapat dengan saya," tambahnya lagi.


Hmm, nak percaya siapa macam ni?

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close