"Mak Ayah Tak Paksa Nikah Juga..", Ibu 2 Anak Syukur, Mak Ayah Tak Paksa Nikah Lepas Ditangkap Basah Umur 15 Tahun

Lazimnya, lelaki dan wanita yang telah ‘terlanjur’ dipaksa bernikah konon mahu jaga aib keluarga masing-masing. Namun hakikatnya tidak ramai yang bahagia susulan perkara itu. Ikuti perkongsian oleh aktivis sosial, saudara Syed Azmi mengenai keburukan trend tersebut.

Umur 15 tahun pernah kena tangkap basah…ayah tarik ex-boyfriend dari bawah katil

Menurut seorang ibu kepada 2 anak ini, dia pernah ditangkap khalwat ketika berusia cuma 15 tahun di biliknya sendiri. Gara-gara ibu pelik melihatnya tanpa seurat benang ketika itu, ayahnya dipanggil untuk periksa bilik sebelum menjumpai bekas teman lelakinya itu menyorok di bawah katil.


Ibu 2 Anak Syukur, Mak Ayah Tak Paksa Nikah Lepas Ditangkap Basah Umur 15 Tahun 2

Ibu 2 Anak Syukur, Mak Ayah Tak Paksa Nikah Lepas Ditangkap Basah Umur 15 Tahun 3
Gambar sekadar hiasan

Seminggu tak datang sekolah…kawan semua pun tak sangka sebab antara top student

Selepas terbongkarnya kegiatan tak bermoral itu, kedua-dua mereka telah dilaporkan ke pejabat agama bagi tujuan kaunseling dan selanjutnya. Selepas seminggu tidak datang ke sekolah, wanita ini dipulaukan oleh kawan-kawan serta diperli oleh guru selepas dapat tahu mengenai cerita tersebut.

Ibu 2 Anak Syukur, Mak Ayah Tak Paksa Nikah Lepas Ditangkap Basah Umur 15 Tahun 4


Mak ayah tak pernah suruh nikah…lebih baik tahan malu daripada lihat masa depan anak musnah

Namun berbeza dengan tindakan masyarakat di luar sana, ibu bapanya tidak pernah sisihkan apalagi memaksanya berkahwin dengan remaja tersebut pada masa itu. Gara-gara kenal perangainya, mereka tidak mahu pertaruhkan masa depan anak dengan lelaki seperti itu. Sebaliknya dia dipindahkan ke sekolah lain dan mulakan hidup baru. Wanita ini turut meluahkan syukur dengan tindakan tersebut kerana jalan cerita hidupnya pasti berbeza sekarang.

Ibu 2 Anak Syukur, Mak Ayah Tak Paksa Nikah Lepas Ditangkap Basah Umur 15 Tahun 5

Ibu 2 Anak Syukur, Mak Ayah Tak Paksa Nikah Lepas Ditangkap Basah Umur 15 Tahun 6
Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Syed Azmi

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close