Budak 2 tahun tertusuk lidi sosej dalam mulut, tembus otak
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tertusuk lidi ke dalam mulut
sehingga tembus ke bahagian otak selepas terjatuh ketika makan sosej yang
dibeli ibunya.
Dalam kejadian yang berlaku pada 20 Oktober di Quijing, China, si ibu
terdahulu membeli sebatang sosej goreng untuk anaknya.
Ketika sedang menikmati makanan itu, mangsa tiba-tiba terjatuh dan lidi
sosej itu tertusuk ke dalam mulutnya.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah selain sukar bernafas, dikejarkan
ke hospital. Seramai tujuh pakar berkerjasama membedah mangsa bagi
mengeluarkan lidi itu.
Walaupun pembedahan yang berlangsung selama tiga jam itu berjaya
mengeluarkan lidi tersebut, keadaan mangsa masih kritikal kerana lidi itu
telah menembusi jauh ke dalam sehingga menyebabkan mangsa demam kerana
bakteria merebak ke dalam otaknya.
Menurut pakar pediatrik, lidi itu telah menembusi lima sentimeter ke
dalam otak mangsa dan jika lebih dari itu, mangsa berisiko maut
serta-merta.
Ibu bapa dinasihatkan berhati-hati ketika memberi makanan yang mempunyai
lidi atau sebarang objek tajam. Sebaik-baiknya, suaplah anak anda bagi
mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sumber: Oriental Daily