Bayi 7 bulan mati kelaparan selepas seminggu ditinggalkan ibu bapanya keluar berhibur dengan rakan-rakan
Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan meninggal dunia akibat
kebuluran selepas ditinggalkan bersendirian di rumah oleh ibu
bapanya.
Lapor The Korea Times, Gyeon, 18, dan suaminya, Cho, 21, terdahulu
bertengkar pada malam 23 Mei dan masing-masing keluar dari kediaman
itu.
Bagaimanapun kedua-duanya tidak pulang ke rumah kerana masing-masing
menyangka pasangan mereka akan pulang menjaga bayi perempuan
itu.
Dua minggu sebelum kejadian itu, Gyeon ada memuat naik status di Facebook
yang mendakwa Cho berlaku curang dan tidak tinggal bersama selama beberapa
hari.
Malangnya, pasangan itu langsung tidak pulang ke rumah selama seminggu,
malah mereka pergi bersosial dengan rakan masing-masing tanpa memikirkan
keadaan mangsa yang ditinggalkan bersediri.
Gyeon memuat naik gambar dirinya minum arak setiap hari sejak 25 Mei
hingga 31 Mei di akaun media sosial.
"Semalam minum dan hari ini pun minum. Saya benar-benar menikmatinya,"
tulis Gyeon pada kapsyen gambar.
Sementara itu, Cho pergi ke kafe siber untuk bermain games dengan
rakannya dan hanya pulang ke rumah pada 31 Mei dan mendapati anaknya telah
meninggal dunia.
Cho dan Gyeon cuba menyembunyi mayat mangsa dalam kotak, tetapi perbuatan
mereka diketahui oleh bapa Cho yang menemui mangsa dalam kotak tersebut
dengan kesan cakaran di kepala, tangan dan kaki yang dipercayai dicakar
oleh anjing peliharaan pasangan terbabit sebelum membuat laporan polis
pada 2 Jun lalu.
Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan pasangan terbabit yang
didakwa menyebabkan kematian mangsa.
Kes tersebut masih dalam siasatan dan laporan bedah siasat mendapati
tiada makanan dalam perut mangsa menjadi punca bayi itu meninggal dunia
akibat kelaparan.
Sumber: The Korea Times, World of Buzz