[Video] "Kesian Staff Wanita Tu Kena Sepak Terajang..", Lelaki Buat Kacau Di Premis Serbaneka Dan Memukul Staff Wanita Bagai Tiada Hari Esok
Related:
- (Video) 'Wa 3 line punya orang! Lu langsi sama wa!' - 2 lelaki buat onar di PPV ditahan polis
- Pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi kerap mengeluh dijatuhkan hukuman mati oleh Kim Jong-Un
- "Kami Hanya ikut SOP..", Pihak Masjid Putra Memohon Maaf Isu VIP Dibenarkan Masuk Solat Jumaat Sedangkan Ramai Lagi Yang Beratur
Baru-baru ini tular dimedia sosial satu rakaman CCTV yang menunjukkan
seorang lelaki membuat kacau dipercayai berlaku di Premis Serbaneka di
Jalan Sultan Mahmud berhampiran Petronas Batu Buruk Kuala Terengganu.
Berdasarkan CCTV tersebut, dilihat lelaki itu menendang stok jualan
secara rambang. Dilihat juga seorang pekerja wanita cuba menegur kelakuan
lelaki tersebut tetapi malangnya dia telah dipukul dan disepak bagaikan
tiada hari esok.
Walaupun dilihat terdapat pekerja lelaki di premis tersebut, mereka hanya
kaku melihat pekerja wanita itu disepak dan diterajang.
Lelaki itu juga tidak memakai facemask ketika masuk ke premis
tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bengang dengan tindakan
lelaki terbabit dan berharap pihak polis dapat mengambil tindakan
sewajarnya.
Sumber : Info Roadblok JPJ/POLIS
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.