Wanita Panggil Polis Tangkap Jiran, Dakwa Sengaja Sidai Pakaian Dalam Luar Rumah Goda Suami
Perasaan cemburu memang ada dalam diri setiap pasangan
bercinta walaupun sudah berkahwin. Tahap perasaan cemburu ini berbeza mengikut
cara seseorang itu mengawalnya. Jika tidak berjaya dikawal, inilah yang akan
menyebabkan pergaduhan sehingga sanggup membunuh.
Ini mungkin berlaku kepada seorang isteri yang akhirnya
membuat laporan polis terhadap jirannya. Ini selepas dia mendakwa jirannya
sengaja menggantung seluar dalam di luar rumah untuk menggoda suaminya.
Wanita berusia 42 tahun itu melaporkan kepada polis bahawa
jirannya yang berusia 23 tahun sengaja membasuh pakaian dalam setiap hari Sabtu
iaitu ketika suaminya cuti dan berada di rumah.
Wanita itu menambah lagi yang suaminya kerap kali ditangkap
sedang melihat seluar dalam jirannya itu. Dia turut meminta gadis 23 tahun itu
untuk berhenti menggoda suaminya, bagaimanapun ia tidak dipedulikan.
Kejadian ini berlaku di Quintana Roo, Mexico dan pihak polis
nampaknya tidak dapat menahan gadis berkenaan kerana tidak ada apa-apa
kesalahan undang-undang dilakukan jirannya.
Pihak polis akhirnya bertemu dengan jirannya dan meminta
agar berbincang secara baik dengan wanita tersebut. Ini bagi memastikan tidak
berlaku perkara tidak diinginkan pada masa akan datang. Jiran korang ok tak?
Kredit: Oddity Central