Akibat bagi pil perancang, kucing ini terpaksa dibedah kerana mengalami ketumbuhan yang dashyat..
Menurut laman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, kucing malang itu mengalami ketumbuhan yang dahsyat kerana diberi pil perancang oleh tuannya yang dipercayai mahu mengelak haiwan itu hamil.
Akibatnya, kucing itu terpaksa dibedah dan dibuang ketumbuhan tersebut.
Kucing tidak sepatutnya diberi pil perancang yang dibuat khas untuk manusia kerana kesan sampingannya boleh menyebabkan haiwan itu maut. Sebaliknya, pemilik kucing boleh meminta doktor haiwan yang bertauliah, memandulkan haiwan itu.