Tiga beradik m4ut selepas makan daging penyu


DAR ES SALAAM, Tanzania: Tiga beradik maut selepas makan daging penyu di Pulau Pemba, Zanzibar.

Lapor Bernama yang memetik agensi berita Xinhua, seramai 22 orang lagi dimasukkan ke hospital selepas mereka turut makan daging penyu berkenaan.

Komander polis wilayah Pemba Utara, Juma Sadi berkata, dua daripada 22 yang dimasukkan ke hospital adalah kanak-kanak dan keadaan mereka kritikal.

Katanya, daging penyu itu sdisyaki mengandungi racun sehingga menyebabkan mereka keracunan.

Kes itu bukan yang pertama kali berlaku dengan beberapa kes sama direkodkan di Pulau Pemba sebelum ini.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close