Bayi berusia sebulan maut selepas diberi minum alkohol oleh datuknya
Majlis meraikan kehadiran ahli keluarga baru (bayi) mengikut tradisi kaum
Cina bertukar menjadi tragedi apabila berlaku kejadian yang tidak
sepatutnya berlaku.
Dalam kejadian di Beijing, China, bayi lelaki yang baru berusia beberapa
bulan meninggal dunia kerana diberi minum alkohol oleh
datuknya.
Menurut laporan Sin Chew Daily, ramai rakan dan saudara mara datang
memeriahkan majlis tersebut untuk meraikan kehadiran bayi berkenaan pada
12 Julai lalu. Kebanyakan tetamu mengambil minuman keras dan minu sehingga
mabuk.
Dalam masa yang sama, mangsa didukung oleh datuknya sambil diperkenalkan
kepada saudara maranya sehingga salah seorang dari mereka bergurau,
mencadangkan warga emas itu memberi mangsa minum seteguk arak.
"Datuknya tak dapat minum kalau baby tu tak minum," seloroh
mereka.
Malangnya, lelaki warga emas itu mengambil serius terhadap gurauan
tersebut dan memberi mangsa yang baru berusia satu bulan itu minum arak
demi menjaga air mukanya.
Ibu mangsa dengan marah mengambil anaknya dari bapa mertuanya dan mangsa
menangis dengan mulutnya yang dipenuhi alkohol.
Selepas 30 minit kemudian, mangsa didapati tidak bernafas. Bimbang dengan
keadaan itu, si ibu terus membawa anaknya ke hospital.
Namun sudah terlambat, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia
selepas beberapa jam diberikan rawatan. Doktor menjelaskan mangsa
meninggal dunia kerana alergik alkohol dan dia turut memarahi perbuatan
datuk mangsa yang tidak bertanggungjawab.
"Bayi tak boleh minum alkohol! Macam mana kau boleh anggap benda ini
sebagai gurauan?!"
Si ibu menampar muka bapa mertuanya beberapa kali selepas mendengar
penjelasan doktor meskipun tahu bahawa tindakannya itu tidak akan
mengembalikan mangsa.
Lebih menyedihkan, selama ini ibu mangsa dilayan dengan begitu teruk oleh
keluarga mertuanya kerana belum mendapat zuriat dalam tempoh tiga
tahun.
Dia menyangka segala-galanya akan berubah selepas dia disahkan mengandung
anak lelaki.
Sumber: Sin Chew Daily, World of Buzz