Nafi Buku Klinik Punca Berpisah, Lelaki Akui Tak Tahan Ex-Wife Suka Naik Tangan
Beberapa hari lepas, tular sebuah video di TikTok tentang
kisah tragis seorang wanita yang cuba menamatkan riwayatnya gara-gara
dijatuhkan talak sewaktu masih dalam pantang. Mujur berjaya diselamatkan pihak
bomba, insiden dipercayai tercetus apabila dia dilema memikirkan bagaimana mahu
asuh 3 anak kecil sendirian termasuklah bayi berusia 17 hari.
Wanita dakwa ditalak ketika berpantang hanya sebab suami tak
puas hati buku klinik koyak
Di samping itu, dia tertekan mengenai soal bil utiliti dan
sewa rumah memandangkan selama ini bergantung pada bekas suaminya. Terdahulu,
wanita berusia 26 tahun tersebut mendakwa tindakannya menegur lelaki tersebut
biarkan buku temu janji klinik terkoyak menjadi punca perpisahan mereka. Namun
susulan kejadian tersebut, dia tidak mahu mengenang kisah lalu serta merancang
untuk membuat buku yang baru demi anak-anak.
Bekas suami tampil bersihkan nama…sebaliknya tak tahan
ex-wife selalu naik tangan
Namun baru-baru ini pula, bekas suaminya tampil menafikan
punca perpisahan tersebut. Sebaliknya, lelaki berusia 30-an itu memaklumkan
bahawa sudah tidak tahan dengan sikap ex-wife yang mudah naik tangan setiap
kali berlakunya perselisihan faham.
Hanya dia & bekas isteri saja tahu apa sebenarnya yang
berlaku
Selepas video tersebut menjadi tular, dia akui cukup
terkesan apabila netizen menggambarkan dirinya langsung tidak bertanggungjawab
susulan dengar cerita daripada sebelah pihak sahaja. Justeru, kenyataan media
hari ini dibuat bagi membersihkan kembali namanya. Meskipun cuma dirinya dan
bekas isteri saja yang tahu ‘kisah sebenar’, namun lelaki ini akui tetap
menyayangi ketiga-tiga anaknya. Dia turut membuat laporan polis berhubung isu
tersebut.
Sumber: Sinar Harian