Dah Bagi Bukti, Lelaki Kecewa Dipecat Lepas Bos Tak Percaya Rumah Banjir
Setiap kali musim hujan, keadaan rumah penduduk yang terkesan dengan banjir tidak dinafikan amat menyedihkan.
Bencana alam yang berlaku sekitar bulan lepas menyebabkan ramai orang terpaksa menghadapi kerugian berlipat kali ganda dan perlu bermula dari awal kembali untuk membeli barang keperluan.
Lebih menyedihkan, ada juga individu kurang bernasib baik dibuang dari tempat kerjanya.
"Tunggu bantuan baju sekolah…Hidup kena sabar, rumah tak clear lagi"
Satu perkongsian video dari MyFundAction di Tiktok telah mendapat perhatian warga Tiktok ketika menemu bual salah seorang penerima bantuan di tempat pengagihan sumbangan.
Menurut lelaki berkenaan, keperluan sekolah tersebut diambil untuk kedua-dua anaknya yang berumur 8 dan 11 tahun. Walaupun air banjir sudah pun lama surut, namun rumahnya masih belum bersih dengan sempurna.
"Saya dah bagitahu kena banjir…Tapi majikan tak percaya, tak tahu macam mana nak mengadu"
Sumber: Google Image
Malang tidak berbau merupakan perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan nasib penerima sumbangan berkenaan. Dia baru dibuang kerja oleh majikannya atas sebab tidak masuk bertugas kerana banjir. Menurutnya, permohonan cuti telah pun dibuat dan bukti rumahnya terjejas dengan banjir juga sudah diberikan. Namun, majikannya tidak percaya dan enggan membayar RM1500 kepadanya.
Sejak dikongsikan semalam, video temu bual itu telah meraih 1.1 juta jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak mendengar ujian yang terpaksa dihadapi lelaki berkenaan. Rupa-rupanya ada juga yang berkongsikan pengalaman kenalan mereka dibuang kerja walaupun mempunyai alasan bercuti yang kukuh.
Sumber: Tiktok MyFundAction
Marilah sama-sama kita berdoa supaya dipermudahkan urusan kepada yang terjejas dengan banjir. Semoga dilimpahkan rezeki yang meluas kepada mereka semua.