Suami Ker4t 5 Jari Isteri Kerana Lanjutkan Pengajian Tanpa Izin
DHAKA, BANGLADESH - Cemburu isteri melanjutkan pengajian tanpa izin,
seorang suami tergamak memotong lima jari isterinya.
Lapor media, Rafiqul Islam, 30, yang merupakan seorang pekerja imigran di
Emiriyah Arab Bersatu sebelum ini telah memberi amaran kepada isteri, Hawa
Akhter, 21, agar membatalkan hasratnya untuk menyambung
pengajian.
Rafiqul dilaporkan turut mengugut wanita itu akan menerima akibat yang
teruk sekiranya dia meneruskan pengajiannya di peringkat
ijazah.
"Setelah dia pulang ke Bangladesh, dia berkata mahu berbincang tentang
sesuatu dengan saya. Dia kemudian secara tiba-tiba menutup mata dan
mengikat tangan saya.
"Dia turut menutup mulut saya dengan mengunakan pita selofan dan
memberitahu kononnya dia mahu memberi 'hadiah kejutan'. Sebaliknya dia
bertindak memotong lima jari kanan saya," kata Hawa.
Salah seorang ahli keluarga Rafiqul kemudian menyuruh lelaki itu membuang
kelima-lima jarinya itu ke dalam tong sampah agar doktor tidak dapat
menyambungnya semula.
Ekoran kejadian itu, polis telah menahan Rafiqul dan lelaki itu bakal
berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.
Ketua Polis Bangladesh, Mohammed Saluddin, berkata, Rafiqul telah mengaku
melakukan jenayah itu.
"Dia marah dan cemburu dengan isterinya yang mahu melanjutkan pengajian,
sedangkan tahap pendidikan dirinya hanya gred lapan, sekolah biasa
sahaja," kata Saluddin.
Namun beberapa kumpulan hak asasi manusia mendesak pihak berkuasa
menjatuhkan hukuman berat ke atas Rafiqul.