Majikan Terkejut, Pembantu Rumahnya Pinjam Wang Dari 6 Ceti Haram
Pembantu rumah saya (warga Filipina) telah bekhidmat dengan kami selama
tujuh tahun rupa-rupanya telah membuat pinjaman dengan enam ceti haram
atau Ah Long. Keseluruhan proses itu telah dilakukan secara elektronik,
WhatsApp dan pemindahan wang secara online.
Sedangkan dia tidak pernah menemui mereka dan hanya menghantar gambar
permit kerjanya yang tertera nama dan alamat rumah kami. Malah dia juga
turut memberikan nombor telefon bimbit dan nombor kediaman
kami.
Beberapa hari kemudian, Ah Long mula menghubungi saya apabila pembantu
rumah gagal membuat pembayaran.
Ah Long berkenaan telah menghubungi saya dan meminta bayaran sebanyak
S$1,000. Saya tanya pembantu rumah dan dia mengakui telah membuat pinjaman
dari pihak pemberi pinjaman wang yang sah. Namun hutang itu telah
dilangsaikan tanpa sebarang masalah.
Kemudian saya menghubungi pihak berkenaan untuk tujuan pengesahan.
Kakitangannya memaklumkan berkemungkinan itu panggilan scam.
Di hari kedua, Ah Long yang sama menjelaskan pembantu rumah saya ada
membuat pinjaman itu dengan pihaknya dan dia baru saja bermesej dengan
wanita itu. Pembantu rumah pula menipu saya kononnya rakan dia gunakan
permit kerjanya untuk membuat pinjaman peribadi.
Hari ketiga, wakil Ah Long yang lain bernama Eric pula menghubungi kami.
Suami cuba selesaikan masalah itu dengan baik oleh. Namun timbul
kemusyikalan bagaimana pinjaman asal $100 berubah menjadi S$400 termasuk
kadar faedah yang semakin meningkat. Eric juga meminta bayaran sebanyak
S$8,000.
Jelas Eric, kadar faedahnya makin meningkat setiap hari di mana kadar
faedahnya naik dua kali ganda setiap hari.
Akhirnya kami buat laporan polis, tetapi tiada sebarang tindakan dari
pihak polis. Saya juga bimbang kerana kami tinggal di kondominium
tertutup. Jadi saya meminta pihak pengawal keselamatan untuk lebih
berwaspada.
Selesai urusan di balai, suami terus hantar wanita itu pulang ke negara
asalnya. Selagi dia berada di Singapura, kami rasa terancam dan tidak
selamat.
Bagi mengelakkan diganggu Ah Long, saya terpaksa tukar nombor telefon
bimbit baru, nombor rumah baru, delete akaun Facebook dan padam
gambar-gambar yang berada di dalam Facebook bekas pembantu rumah.
Selepas insiden itu, saya ambil dan periksa telefon bimbit bekas pembantu
rumah dan inilah kali pertama saya periksa telefon bimbitnya setelah 9
tahun dia berkhidmat dengan kami.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dalam telefon, wanita Filipina itu
selalu tidur dan menjadi model sambilan setiap hari Ahad. Selain itu dia
juga selalu berkunjung ke pusat hiburan, makan di tempat-tempat mahal
seperti hotel atau restoran.
Tidak hairanlah dia memerlukan wang yang banyak untuk menanggung gaya
hidup mewahnya itu. Dua bulan sebelum insiden itu, saya telah memberikan
'duit advance' kepadanya.
Dari pengalaman ini, saya belajar dari kesilapan yang mana kita tidak
sepatutnya terlalu memberi kebebasan kepada pembantu rumah.
Sumber: Katrina, Singapore Uncensored