Diva AA Masuk Hospital, rupanya ini penyebabnya...
Pengacara terkenal dan pelakon sensasi bermulut lantang, Azwan Ali, 55, dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan beberapa hari lalu.
Walau bagaimanapun, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA menerusi Twitter berharap, kesihatannya kembali pulih dan peminat tidak perlu risau akan keadaan kesihatannya.
“Diva AA kini dimasukkan ke Hospital Pantai kerana keracunan makanan! Jangan risau! Semoga cepat sembuh,” tulisnya sambil berkongsikan sekeping foto yang memaparkan tangannya dimasukkan drip air.
Menjengah di ruangan komen, hantaran bekas pengacara Lagu Cinta Kita itu dibanjiri dengan komen pengikut yang mendoakan agar Diva kesayangan mereka diberikan kesembuhan.
Melalui tinjauan terkini, satu status lain yang dimuat naik Diva AA di akaun Twitternya mengatakan dia sudah pun keluar dari wad.
Apa pun, kita doakan Diva AA semoga cepat sembuh.