[Video] "Semua Benda Jadi Conten..", Kalut Balik Luar Daerah, YouTuber Didakwa Upload Kematian Ayah Sebagai Content?

Hanya perlu kreatif dalam menghasilkan content, pekerjaan sebagai seorang YouTuber sememangnya menjanjikan pulangan lumayan. Akan tetapi bagi kebanyakan YouTubers zaman sekarang, kegilaan mengejar view kadangkala membuatkan mereka tak ubah seperti tiada timbang rasa. Itulah isu yang sedang melanda seorang influencer ini.

YouTubers dipertikai jadikan berita kematian ayah sebagai content?

Sekitar 3 hari lalu, selebriti media sosial bernama Ria Ricis berdepan pertikaian daripada netizen kerana disifatkan menjaja kematian ayahnya sebagai content. Sedang berada di luar daerah, dia bergegas pulang ke Jakarta dalam keadaan pilu memandangkan terlambat mendapat tahu berita tersebut. Ini kerana, talian telekomunikasi di Kepulauan Flores dikatakan agak perlahan.


Belum genap seminggu ayah ‘pergi’, dah 9 buah content dihasilkan

Malangnya hanya selepas beberapa jam, dia telah memuat naik rakaman terbaru menyaksikan kesedihan mereka sekeluarga mengenangkan pemergian Allahyarham. Difahamkan juga, content berkenaan telah diselitkan paparan iklan (ads) yang begitu banyak dan belum genap seminggu sudah ada 9 buah rakaman dikongsikan ke YouTubenya.



Mendulang trafik dari kematian ayah kandung adalah sehina-hina content

Bagi netizen, kematian itu masih terlalu baru dan ia bukan waktu yang sesuai untuk memikirkan soal content. Akan tetapi, salah seorang ahli keluarga telah membuat klarifikasi bahawa semua pendapatan hasil video tersebut disalurkan ke jalan kebajikan.

Sumber : Instagram Ori Vitrio Abdullah, Twitter Mazzini & Portal Hot Detik.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close