Suami cekik isteri dengan plastik sehingga pengsan, rembat barang kemas & lari dengan skandal
Seorang lelaki di Singapura dipenjara 39 bulan kerana menyerang dan
mencekik isterinya kerana tidak tahan dengan mangsa yang kerap membebel
mengenai masalah rumah tangga anak lelaki mereka.
Mengikut pertuduhan, Govindarajan Thiruvengadam Uthirapathy menjerut
leher isterinya, Ellapur Selvi Chanthenatever, 56, dari belakang
menggunakan plastik lalu mengikatnya dengan ketat sehingga mangsa tidak
sedarkan diri.
Mangsa bernasib baik kerana masih hidup. Namun ketika mangsa tidak
sedarkan diri, Govindarajan mengambil kesempatan itu untuk mencuri rantai
emas dan dompetnya lalu dipajak.
Wang yang diperolehinya itu kemudian dikongsikan dengan
skandalnya.
Mangsa yang tersedar terus menghubungi anak perempuannya dan memaklumkan
apa yang telah berlaku tetapi dia enggan membuat laporan
polis.
Ellapur pergi ke hospital di tempat dia bekerja sebagai jururawat dan
terpaksa ditahan di wad selama seminggu kerana mengalami kesakitan luar
biasa di leher dan sebelah kiri perutnya. Ellapur turut memberitahu doktor
memgenai kejadian itu.
Sementara itu suaminya, berjoli dengan wang sebanyak RM13,014.68, malah
turut membeli hadiah untuk skandal termasuk dua barang kemas dan
memberinya wang tunai RM918,68, selain membeli hadiah untuk ibu saudara
skandalnya itu.
Govindarajan merancang mahu melarikan diri ke Malaysia, namun ditahan
polis di Woodlands Checkpoint.
Difahamkan pasangan itu telah berkahwin sejak 1985 dan bercerai pada
1990. 10 tahun kemudian, mereka kembali bersama mempunyai anak lelaki dan
perempuan masing-masing berusia 33 dan 32 tahun.
Pergaduhan di antara pasangan itu tercetus apabila Ellapur meminta
suaminya bertanya pada anak lelaki mereka yang disyaki curang.
Timbalan Pendakwa Raya mahu Govindarajan dikenakan hukuman penjara
sekurang-kurangnya 29 tahun tetapi peguam tertuduh merayu agar hukuman
penjara tidak dikenakan melebihi dua tahun empat bulan.
Ellapur juga memohon hukuman suaminya itu dikurangkan walaupun dia hampir
mati dikerjakan lelaki itu.
"Ketiadaan dia membuatkan saya tidak tidur lena setiap malam dan ini
menjejaskan kesihatan dan prestasi saya," katanya.
Sumber: World of Buzz