Bayi nyaris mati, leher ditekan bapanya yang berang dengar suara tangisan mangsa ketika mahu tidur
Seorang lelaki berusia 25 tahun mengaku bersalah di mahkamah pada 25
November 2019 atas pertuduhan mencederakan isteri dan bayinya.
Lapor Today Online, kejadian itu berlaku di Singapura pada 2 September
tahun ini. Si bapa ketika itu cuba tidur, namun terganggu dengan bunyi
bising anak perempuannya berusia enam bulan.
Si bapa kemudian bangun, marah dan menyuruh anaknya diam sebelum menjerit
terhadap isterinya bahawa dia akan kerjakan mereka. Suspek kemudian
menyambung tidurnya semula.
Kira-kira jam 3 petang, lelaki itu mengarahkan isteri meletakkan anaknya
di sebelah. Si isteri enggan berbuat demikian, namun dia terpaksa
akur.
Tidak lama selepas itu, si isteri terdengar anaknya menangis sebelum
ternampak lelaki itu sedang menekan leher mangsa dengan mukanya. Kejadian
itu turut menyebabkan mangsa muntah susu.
Si isteri segera meminta bantuan dua ahli keluarganya dan menampar muka
suaminya agar dia melepaskan bayi itu. Tindakan wanitai itu menyebabkan si
suami bengang lalu menumbuk dahinya.
Mangsa berjaya diambil dan terus dibawa keluar dari rumah lalu diserahkan
kepada jiran, sementara ibunya pergi membuat laporan polis.
Mangsa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan
mendapati dia hanya mengalami kecederaan ringan, diberi cuti seminggu.
Manakala bayi pasangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Polis telah menahan suspek dan didakwa di mahkamah atas pertuduhan
mencederakan iseri dan anaknya.
Di mahkamah, Hakim May Mesenas meminta laporan penilaian sama ada
tertuduh sesuai untuk diperintahkan menjalani hukuman khidmat masyarat
atau lapor diri ke balai setiap hari.
Sekiranya tertuduh berjaya menjalani hukuman itu dengan baik, tertuduh
tidak akan disenaraikan dalam rekod jenayah.
Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan Januari 2020 untuk sebutan
semula kes.
Bagi kesalahan mendatangkan bahaya terhadap kanak-kanak, pelaku boleh
dikenakan hukuman penjara sehingga setahun, denda RM15,312 atau
kedua-duanya sekali.
Bagi keselahan mencederakan isteri, tertuduh boleh dipenjara dua tahun
dan denda RM15,312 atau kedua-duanya sekali sekira didapati
bersalah.
Sumber: Today Online, World of Buzz