(Video) 'Jangan balik kalau tak ada hasil!' - Isteri marah suami OKU kerana gagal mengemis
Menurut sumber yang memuat naik video dan gambar kejadian pada 23 Disember lalu di Facebooknya, insiden itu berlaku di Palembang, Indonesia.
"Isteri menganiaya suaminya kerana suaminya jadi pengemis tapi tak ada hasil," kapsyen post tersebut.
Berdasarkan video dan gambar, wanita itu memarahi suaminya tanpa mempedulikan adegan memalukan itu diperhatikan oleh orang awam dan ada yang turut merakam perbuatannya.