[Video] 'Saya Bukan Nak Jadi YB.. Beras Ini RM27...' - Netizen Kritik Cara Pendakwah Ini Beri Bantuan Kepada Golongan Susah & Dalam Masa Yang Sama Mengaibkan Mereka
Kebiasaannya, seseorang yang memberi bantuan, derma atau sumbangan, tidak akan sama sekali melontarkan kata-kata yang tidak sewajarnya terhadap golongan yang menerima bantuan tersebut demi menjaga hati mereka. Tetapi berbeza dengan pendakwah agama dalam video yang viral di media sosial ini, mengundang pelbagai reaksi netizen.
"Dah dapat, kamu kata belum dapat. NGO
lain sudah bagi kamu, okay lah. Ramai lagi yang susah... Saya bantu kamu semua
ini ibu-ibu, saya tidak ada kepentingan sama kamu. Kamu tidak boleh mengundi,
betul? Tidak ada IC betul? Kalau kerana nak undi, saya cari orang tempatan lah.
"Ini live ni bang, saya pakai mic ni, live
ni. Saya cari orang tempatan kalau mahu undi. Tapi ini bagi (sumbang) sebab
kasih sayang. Kena faham ini, kasih sayang sama kamu.
"Saya bukan nak jadi YB, bukan kerajaan,
ini persendirian saya buat. Ibu bayangkan, beras ini RM27 campur ini lebih
kurang RM50. Kalau hari ini saja RM20, berapa ratus ringgit? RM500 kan? Bukan
RM500 ibu, ribu sudah duit.
"Saya nak apa? Saya nak kamu solat saja.
Boleh solat? Majoriti tak solat. Abang solat ke bang? Okay, abang baca kepada
saya rukun iman berapa? Kamu jangan jawab!" katanya kepada individu lain
yang cuba menjawab bagi individu yang diajukan soalan itu.
Namun individu yang disoal hanya dapat menjawab
sedikit, lalu pendakwah itu berkata, "Abang baca tak lepas. Abang (yang
lain), baca niat solat fardhu maghrib dalam bahasa Arab."
Lelaki kedua itu cuba membaca niat fardhu
maghrib dalam bahasa Melayu, tetapi ditegur olehnya.
"Tadi kau bilang kau solat, bahasa Arab
lah, mana boleh bahasa Melayu. Saya guru agama bang, ini hafiz Quran ni
(menunjuk kepada perakam video). Abang nak suruh dia baca surah apa?"
soalnya yang kemudian meminta lelaki itu membaca Doa Qunut.
Lelaki berkenaan akur dan membaca Doa Qunut,
tetapi tidak lama selepas itu dia berkata, "Salah bang. Kalau saya tanya
Qunut Nazilah lagi berat, haa..".
Di media sosial, ramai netizen yang mengkritik
cara pendakwah itu, termasuk Ustaz Syihabudin Ahmad menjelaskan pendiriannya
yang tidak bersetuju dengan caranya dianggap menengking.
"Sebagai orang Muslim,
pertuturan/percakapan kita kena jaga. Jangan kita main sembur kata pada orang.
Mungkinlah orang ini kata benda ini remeh saja pun. Tapi kita tak tahu di sisi
Allah. Takut ia sangat-sangat berat.
"Rasulullah SAW mengingatkan kita:
"Seseorang berbicara dengan kata-kata yang
dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya
ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun."
- Hadis Sahih, Riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad.
"Pendakwah, jagalah kata-kata kita. Jangan
ingat orang yang datang meminta pertolongan kita lebih hina daripada kita atau
kita boleh buat apa saja pada dia. Boleh jadi mereka itu lebih mulia di sisi
Allah berbanding diri kita. Jaga adab kita sesama kita, jaga adab kita dengan
orang miskin.
"Apabila kita bantu mereka, bantu dengan
sesungguhnya. Tak perlu sebut saya tak ada kepentingan ke, saya nak bagi ni
bukan sebab nak jadi YB ke, tak perlu. Bahkan tak perlu nak audit amal soleh
mereka nak tanya hang solat ke tidak. Bahkan ditanya sifat solat yang betul
kepada orang yangg tak tahu.
"Saya fikir, ini satu bentuk pembulian.
Awak solat lima waktu, tambah dengan solat Dhuha, anak awak hafiz Al-Quran,
anak awak pergi Mekah berkali-kali, itu bukan alasan untuk merendahkan orang
lain," katanya.
Sumber: Cari Forum, YouTube Syihabudin Ahmad
Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya
😊
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum
menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel
ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis
disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab
anda sendiri.