Lengan Bayi Melecur Akibat Terkena Renjatan Elektrik
SONGKHLA, THAILAND - Seorang bayi lelaki melecur teruk di lengan tangan
kirinya akibat terkena renjatan elektrik, mencetuskan pelbagai reaksi
netizen terutamanya golongan ibu bapa.
Lapor portal Siakap Keli, sebelum kejadian itu berlaku, mangsa merangkak
berhampiran soket itu dan secara tidak sengaja, gelang tangan yang dipakai
di tangan kirinya termasuk ke dalam lubang soket.
Kejadian itu menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik dan lengannya
melecur teruk dan kehitaman.
Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana kejadian itu tidak meragut
nyawanya meskipun luka melecur yang dialaminya itu agak teruk.
Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati
dan jika boleh, elakkan dari memberi anak-anak kecil memakai gelang bagi
mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Selain itu, sebarang peralatan elektrik juga perlu diletak di tempat yang
selamat agar tidak mudah dicapai oleh anak-anak kecil yang masih belum
mengenal erti bahaya.