'Dia salah pilih rumah' - Nenek Sado bantai penyamun dengan meja sampai pecah
Niat seorang wanita warga emas berusia 82 tahun untuk tidur awal
terbantut apabila pintu rumahnya diketuk oleh seorang lelaki muda yang
meminta bantuan darinya.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11 malam, Khamis, 21 November 2019,
suspek meminta pertolongan dari Willie Murphy kononnya dia mengalami
masalah kesihatan.
"Tolong saya call ambulans, saya tak sihat," kata suspek.
Berasa ada sesuatu yang tidak kena, Murphy enggan membenarkannya masuk
dan terus menghubungi polis untuk meminta bantuan. Tindakan Murphy itu
membuatkan suspek bengang lalu menendang pintu rumah sehingga pecah dan
masuk ke dalam.
"Saya terdengar bunyi yang kuat, terus terlintas di kepala saya, apa
benda tu? Kemudian saya ternampak seorang lelaki muda berada di dalam
rumah dan dialah yang memecahkan pintu tadi," katanya.
Suspek tidak menyedari Murphy seorang ahli bina badan yang kerap bersenam
hampir setiap hari di gym.
"Masa tu gelap tetapi saya dapat bersembunyi, manakala lelaki itu
berjalan di dalam rumah. Saya terus mengambil meja yang berdekat untuk
memukul suspek sehingga meja itu pecah.
"Apabila suspek dah terjatuh, saya terus melompat ke atasnya dan menuang
syampu ke muka suspek. sebelum membelasahnya menggunakan
penyapu.
Tidak beberapa lama kemudian, polis tiba di tempat kejadian. Suspek
dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Polis yang datang ke
tempat kejadian memuji tindakan berani Murphy dan turut merakam gambar
selfie bersama.
"Dia salah pilih rumah nak pecah masuk," kata Murphy.
Sumber: WHAM