'Sudah 2 kali dia rogol saya bang' - Suami bunuh rakan baiknya yang cuba merogol isterinya buat kali ketiga
Seorang lelaki di Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur maut dengan badannya
penuh dengan banyak kesan tikaman dipercayai dibunuh kerana mahu merogol
isteri rakannya.
Selamet Widodo, 25, mati di rumah suspek, Nanang, di Desa Pondok Wuluh,
pada Sabtu lalu.
Sebelum kejadian itu berlaku, isteri suspek, Julia, mengadu kepada
suaminya yang dia telah diperkosa dua kali oleh Selamet yang juga
merupakan rakan baik Nanang.
Pada hari kejadian, apabila Nanang pulang ke rumah, dia mendapati
motosikal Selamet berada di halaman rumah. Nanang segera masuk dan
mendapati Selamet sedang mahu merogol isterinya. Berang dengan kejadian
itu, Nanang terus menetak mangsa sehingga mati.
Menurut salah seorang jiran suspek, Endang berkata, pasangan itu
merupakan peniaga di pasar dan setiap hari Selamet selalu datang ke rumah
pasangan itu untuk menggunakan WiFi.
Tambahnya, Nanang dan Julia juga merupakan orang yang baik, selalu
terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di kampung
itu.
Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Probolinggi, AKP Rizky Santoso
berkata, pada awalnya si isteri memberitahu suaminya yang dia telah
dirogol oleh suspek sebanyak dua kali menyebabkan suspek sangat
marah.
"Kejadian yang pertama tidak diceritakan, tetapi kejadian yang kedua pula
diceritakan. Sehinggalah yang ketiga, suspek merasakan kejadian itu akan
berulang lagi, lalu segera pulang ke rumah dan ternyata sangkaanya
benar," katanya.
Polis masih menyiasat motif pembunuh walaupun suspek berkata dia sudah
menjangkakan Selamet akan mengulangi perbuatannya sehingga terjadinya
pembunuhan itu.
"Mangsa sudah berada dalam posisi mahu merogol isteri rakannya, bajunya
sudah dibuka tetapi seluar belum dibuka. Dan kejadian itu dilihat oleh
suspek dan terjadilah pembunuhan itu," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat. Rumah suspek
disita dan beberapa barang bukti termasuk motosikal milik mangsa dirampas
untuk dijadikan sebagai bahan bukti.
Sumber: iNews