"Dia tiba-tiba masuk rumah dan menyerang saya..", Remaja pecah masuk rumah dan rog0l bekas teman lelaki

 


Seorang remaja perempuan didakwa memecah masuk kediaman bekas teman lelakinya dengan bersenjatakan parang sebelum memaksa mangsa menanggalkan pakaian dan mengadakan hubungan seks dengannya, lapor Daily Mail.

Samantha Mears, 19, menghadapi pertuduhan memecah masuk dan menyerang menggunakan senjata, menahan secara salah dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu di Great Falls, Montana, Amerika Syarikat. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mears memasuki kediaman bekas teman lelakinya ketika mangsa tiada di rumah dan Mears menunggu mangsa pulang ke rumah. 


Apabila mangsa masuk ke rumahnya, Mears menyerbunya dari belakang dengan parang di tangan dan mengarahkan mangsa menanggalkan pakaiannya dan naik ke atas katil. 

Mangsa akur dengan arahan Mears kerana bimbang dengan keselamatan dirinya dan berasa dia tidak akan selamat sekiranya dia cuba melarikan diri dari bekas teman wanitanya itu. 

Mears kemudian menanggalkan seluarnya sementara tangannya masih memegang parang yang diacukan pada mangsa sebelum dipaksa mengadakan hubungan seks dengannya. 
Mangsa mendakwa, Mears juga menggigit tangannya dan terus mengadakan hubungan seks dengannya walaupun mangsa telah cuba menghentikan perbuatan remaja terbabit. 

Selepas itu, Mears duduk di tepi katil tanpa seurat benang sambil mengasah parangnya dan mangsa sempat merakam gambar Mears untuk diserahkan kepada polis sebagai bukti. 



Kedua-duanya kemudian bertengkar. Gagal mengawal kemarahan, Mears menetak dinding dan kencing di atas tilam mangsa. 

Mangsa berjaya menghubungi talian kecemasan 911 selepas berjaya memperdayakan Mears yang kononnya dia mahu menghubungi rakannya, sebelum keluar dari bilik itu dan terus melarikan diri. 

Apabila polis tiba di lokasi kejadian, Mears pula mendakwa dia telah diculik oleh bekas teman lelakinya itu dan dia terpaksa menggunakan parang untuk mempertahankan dirinya. 

Bagaimanapun, polis mengesyaki Mears mengalami masalah mental dan berada dalam keadaan keliru. 

Kejadian itu berlaku sehari selepas Meras ditahan kerana menyerang dan mencekik mangsa. 

Difahamkan, pasangan itu telah bersama lebih kurang tujuh tahun sebelum berpisah. 

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close