Pakaian tersangkut pada tayar motosikal, ini yang terjadi selepas itu..

 


Viral di media sosial Rabu lalu, seorang pembonceng motosikal mengalami kecederaan ringan setelah pakaiannya tersangkut pada tayar/spocket motosikal. 
Dalam kejadian yang berlaku di Indonesia itu, pakaian mangsa tersangkut menyebabkan dia terjatuh ke bahagian kiri kenderaan itu. 

Orang ramai yang melihat kejadian itu segera datang membantu menyelamatkan mangsa dan memotong kain yang tersangkut itu, sementara mangsa terbaring menahan kesakitan. 

Orang ramai terutamanya golongan wanita dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan memakai pakaian yang bersesuaian ketika menaiki/membonceng motosikal bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang. 

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close